Sabtu, 4 Januari 2014

Ujian Vigil Yang Kedua Sebelum Bergelar Pengakap Kelana....

Pada 25-26 Oktober 2013 bertempat di scout nature park sandakan telah diadakan ujian vigil yang kedua bagi daerah sibuga untuk melengkapkan satu crew yang telah ditetapkan. Aktiviti ini telah berlangsung dari 6 p.m. hingga 6.00 a.m.


      Ujian ini telah dijalankan kepada 5 orang bakal kelana iaitu Mohd Aizat, Salleh, Mohd Noorwanshah, Mohd Syafiq dan juga Dang Sara. Penguji vigil kepada 5 orang bakal kelana ialah Skip Marwan, Skip Azizi serta dibantu oleh 5 orang Senior Rovers A. Ujian ini dijalankan di seluruh kawasan Scout Nature Park (SNP), walaupun ketika itu hujan tetapi vigil tetap dijalankan. Taklimat  dan mengenali personaliti serta pertabalan bakal kelana telah dilaksanakan oleh Skip Dawan. Tempoh ujian ialah 12jam dimana dalam tempoh ini diuji dari segi mental dan fizikal. 










Tiada ulasan:

Catat Ulasan