Ahad, 5 Januari 2014

4th Jamboree National Brunei Darussalam






Pada 3- 8/12/2013 berlangsungnya satu Jamboree yang telah diadakan di Negara Brunei Darussalam. Negara Brunei Darussalam ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei di kelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia. Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. ini adalah disebabkan pada zaman dahulu. Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo. Keluasan Negara Brunei adalah 5,765 km persegi (172) 2,226 sq mi manakala 8.6 peratus di perairan.




Jamboree ini telah diwakili oleh kontingen dari Malaysia iaitu semenanjung dan sabah, Indonesia, Hong kong, Taiwan, Singapura, Korea, Afrika, Labuan, Kadet Remaja Sekolah (Labuan) dan Brunei. Seramai 65 orang telah mewakili Sabah dan salah satunya adalah dari daerah sibuga dimana terdiri daripada 3 kelana A dan 2 pengakap muda. Jamboree kali ini telah diadakan di Pusat Latihan Pengakap Brunei Darussalam. Peserta dari sandakan telah menggunakan bas dan juga feri sebagai pengangkutan. Pengangkutan yang digunakan oleh pengakap sibuga adalah dengan menaiki bas di mana mengambil masa lebih kurang 6 jam dari sandakan ke kota kinabalu manakala dari kota kinabalu ke negara brunei menggunakan 2 jenis pengangkutan iaitu bas dan juga feri. Tema Utama Jamboree Brunei pada kali ini adalah "Pengakap Kitani Masa Depan Kitani".









1/12/2013- Bermula lah perjalanan pengakap dari daerah sibuga menuju ke kota kinabalu seramai 4 orang salah satu daripada mereka telah berada di kota kinabalu lebih awal. Bas yang mereka gunakan bergerak dari sandakan pada jam 8.00 am dan sampai di kota kinabalu pada jam 2.00 p.m. Mereka semua telah menginap di King Park Hotel di mana peginapan mereka telah di tanggung oleh daerah. Pada malamnya, telah diadakan taklimat kepada semua peserta dari sabah ,penyerahan bendera kepada ketua kontingen sabah (Skip Raymond) dan juga kutipan yuran penyertaan.


2/12/2013- Pergerakan Kontingen Sabah ke Brunei dibatalkan disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan dan perjalanan telah ditukar ke  3/12/2013. Pada hari tersebut, pengakap sibuga telah meluangkan masa menikmati keindahan daerah kota kinabalu dan pada sebelah petang DC Sibuga iaitu Skip Dawan telah membawa peserta jamboree ke scout shop untuk membeli kelengkapan pengakap serta ke tanjung aru kota kinabalu untuk menikmati makan malam.





3/12/2013- Kesemua kontingen sabah telah bersiap untuk bergerak ke terminal, bagi pengakap muda mereka telah diarahkan untuk menaiki bas bersama kontingen sabah manakala bagi pengakap kelana pula menaiki feri. Bas telah bergerak pada jam 7.00 am manakala feri pula pada jam 8.00 am. Pengakap Kelana A sibuga telah di hantar oleh Skip Dawan ke Jeti feri dan seterusnya Skip Dawan meneruskan perjalanan balik ke Sandakan. Feri yang menuju ke Labuan telah sampai pada jam 11.00 a.m dan meneruskan perjalanan setelah makan tengahari pada jam 1.30 p.m untu menaiki feri yang seterusnya ke Brunei. Mereka telah sampai pada jam 2.45 p.m. Setelah membuat pemeriksaan imigresen dan dijemput oleh ajk jamboree pada jam 4.50 p.m, mereka telah sapai ke kawasan tapak perkhemahan pada jam 5.50 p.m tapi malangnya pendaftaran untuk peserta jamboree pada ketika itu telah di tutup. Oleh itu mereka semua telah diarahkan untuk berehat di dewan HQ kerana khemah mereka belum disediakan.




4/12/2013- Pada sebelah pagi mereka semua tidak melakukan sebarang aktiviti jamboree kerana belum mendaftar kerana tempat pendaftaraan telah ditutup semalam. Dan pada masa yang sama juga dibahagikan kumpulan kepada peserta dan pengakap kelana ditugaskan untuk menjaga patrol. Selepas itu, mereka telah diberikan barangan jamboree. Jam 2.00 p.m, semua peserta telah memulakan aktiviti yang kedua iaitu membuat lawatan ke Bandar Brunei Darussalam. Kontingen sabah adalah kumpulan kuning dimana ada terdapat 2 kumpulan warna iaitu merah dan kuning. Salah satu daripada kelana sibuga tidak mengikuti aktiviti tersebut kerana telah ditugaskan untuk membuat pintu gerbang. Sebelah malam pula ialah aktiviti makan malam bagi ketua-ketua kontingen sedunia yang menghantar wakil pada jamboree ini.


5/12/2013- Aktiviti telah bermula pada jam 8.00 am dan sebelum itu mereka telah jalankan istiadat pagi pada jam 6.15 am. Pada hari tersebut semua aktiviti dilakukan di sekitar tapak jamboree. Aktiviti bermula jam 8.00am hingga 4.00pm. 4.00pm hingga 5.00pm pula 2th indaba untuk pemimpin telah diadakan. Sebelah malam pula adalah aktiviti ceramah.


6/12/2013- Seperti biasa istiadat pagi dijalankan. Jam 8.00 am aktivti yang dijalankan adalah aktiviti luar dimana aktivti tersebut ialah akitiviti air dan udara. Aktiviti ini telah dijalankan sepanjang hari dan sekembali ke kawasan perkhemahan pada jam 6.00 p.m. Jam 4.00 p.m hingga 5.00 p.m adalah 3th gilwell reunion kepada pemegang bite. Pada sebelah malam pula adalah malam kebudayaan bagi Negeri brunei sahaja dan peserta jamboree hanyalah penonton.


7/12/2013- Istiadat pagi seperti biasa. Jam 8.00 p.m. Semua kontingen yang mengikuti perkhemahan ini berkumpul di depan dewan diraja dengan berkeadaan uniform penuh untuk aktiviti penyampaian pinggat ingatan kepada pemimpin-pemimpin dan seterusnya Sultan Brunei melawat khemah-khemah di tapak jamboree. Pada jam 2.00petang pula peserta mengikuti aktiviti ceramah yang berada di dewan HQ. Jam 4 p.m. Semua pengakap kelana berkumpul di food camp untuk aktiviti rover scout gathering. Pada sebelah malam pula adalah aktiviti malam kebudayaan antarabangsa. Johan pada malam kebudayaan ini jatuh kepada kontingen dari sabah.


8/12/2013- Hari terakhir jamboree, istiadat pagi seperti biasa dijalankan pada pagi ini. Pada hari ini mereka semua telah dibawa berjalan-jalan di sekitar Bandar Brunei. Jam 10 a.m. mereka semua kembali ke tapak perkhemahan dan jam 1.30 p.m mereka berkumpul di Dewan Diraja dengan uniform penuh untuk majlis perasmian penutupan. Tepat jam 3.00 p.m semua aktiviti selesai. Gotong royong telah dijalankan dan meraka semua telah menginap di HQ sebelum balik ke sabah pada keesokan harinya.

9/12/2013- Pergerakan menuju ke jeti feri dan bas bermula dan mereka semua balik ke tempat masing-masing.





























































   Alhamdulillah sepanjang jamboree, cuaca sangat baik dan tiada hujan yangmembasahi Negara Brunei Darussalam. Banyak pengalaman dan ilmu yang mereka pelajari apabila berkhemah di tempat orang.


Wakil dari daerah sibuga  :

Pengakap Kelana :

1) Mohd Ghazali Jainullah
2) Mohd Noorwanshah Ali
3) Mohd Syafiq

Pengakap Muda

1) Izzah Syawani
2) Hawa Shafinas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan