Selasa, 14 Januari 2014

Pengembaraan Kelana A Sibuga Ke Daerah Keningau







asalamamulaikum dan salam sejahtera,,

bertemu lagi kita dalam ruangan yang seterusnya...di sini saya ingin menceritakan serba sedikit pengalaman kami kelana A sibuga melakukan pengembaraan di daerah keningau di mana daerah tersebut merupakan kampung halaman isteri kepada skip marwan iaitu skip ida. Pengembaraan ini dilakukan untuk melengkapkan skim latihan kelana iaitu membuat pengembaraan sejauh 60km. Perjalanan kami bermula pada hari khamis 26/6/2013 malam di mana kami semua akan berkumpul di scout nature park sandakan untuk melakukan persediaan yang terakhir sekaligus membuat meeting bersama dc sibuga iaitu skip dawan di dalam rumah BP. Setelah selesai bermesyuarat dan berbincang kami semua berehat kerana mempunyai jarak perjalanan yang agak jauh pada keesokan harinya. Mengikut perancangan pada mulanya kami akan bergerak keluar dari scout nature park selepas subuh tetapi disebabkan perkara yang tidak dapat di elakkan perjalanan kami terpaksa di tangguhkan pada jam 11 pagi.

Setelah urusan yang tertangguh di selesaikan dan barang keperluan yang di bawa ke sana sudah di masukkan kedalam van kami bergerak menuju ke restoran ajmeer yang terletak di bandar prima sandakan umtuk mengisi perut dan bergerak meneruskan perjalanan kami ke daerah keningau. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 7 ke 8 jam. sepanjang perjalanan tersebut kami semua bergelak ketawa dan berehat. Kami sampai di keningau pada jam 10 malam dan singgah di restoran keningau untuk menjamu selera. Setelah selesai kami meneruskan perjalanan ke tempat perkhemahan iaitu di bungsit di mana tempat tersebut begitu popular di kalangan penduduk di keningau. Kami membahagikan kumpulan untuk memasang khemah, mencari kayu api dan membersihkan sedikit tapak perkhemahan. Setelah semua kerja-kerja yang telah diarahkan oleh pemimpin dan juga ketua crew. kami berehat dan merehatkan minda kerana aktiviti pengembaraan kami akan bermula pada keesokan harinya.


Pada keesokan harinya, setelah bergembira dan bermandi manda di sungai bunsit kami semua semua dirahkan bersiap oleh ketua krew di mana pengembaraan kami akan bermula tak lama lagi. Setelah pemimpin kami sampai. Kami semua di bahagikan kepada dua patrol iaitu Mohd Ghazali, Mohd Aizat, Nooraziana, Haimalin dan Nia patrol pertama dan Mohd Syafiq, Mohd Noorwanshah, Mohd Hisyam, Mohd Adeep, Siti Noorjanna, yukie dan Jusma patrol kedua. seterusnya kami melakukan istiadat ladam kuda di mana Mohd Syafiq melafazkan persetiaan pengakap dan Mohd adeep membaca doa sebelum bergerak menuju ke tempat masuk taman reakreasi tersebut. Aktiviti ini juga mendapat bantuan dari kelana A keningau di mana mereka semua diarahkan untuk menjaga di setiap laluan check point yang telah ditetapkan.
perjalanan xpdc tersebut adalah bunsit, hospital, sekolah, perpustakaan pasar pagi, keningau mall dan juga hotel juta. Pada tengahari kami semua telah berehat di rumah skip ida sebelum memulakan perjalanan balik ke tempat permulaan. biarpun pada waktu itu hujan turun tetapi ia tidak mematahkan semangat kami semua untuk menghabiskan pengembaraan tersebut. Sesampai jak patrol dua di hospital kami semua balik ke kawasan tapak perkhemahan kerana mengikut perancangan pada malam itu kami semua akan berkumpul bersama-sama kelna A,B dan C keningau.tetapi malangnya sesudah sampai ke tapak perkhemahan kami mendapati bahawa kawasan perkhemahan di masuki air dan kesemua khemah yang berdiri banjir. Skip Marwan dan juga Skip Ida mengambil keputusan untuk menetap di hotel pada malam itu. sebelum itu kami semua berkerjasama membersihkan dan menurunkan khemah dengan satu arahan. Selesainya perkara tersebut kami semua singgah sebentar di restoran untuk menjamu selera dengan keadaan yang penat dan menyeronokan. Setelah mendapatkan hotel kami semua berehat sebelum memulakan perjalanan balik ke sandakan pada keesokannya.


Sesudah bersiap dan memasukkan barang-barang kedalam van kami bergerak keluar dari hotel dan menuju ke pasar keningau untuk sarapan dan juga berjalan-jalan di sekitar kawasan daerah keningau. Kami juga singgah di keningau mall di mana skip marwan dan juga skip jiji menyumbangkan lagu kepada hadirin yang berada di keningau mall sebelum meneruskan perjalanan balik. Kami singgah di daerah tambunan untuk bergambar dan melihat tugu jambori pertama di daerah tersebut sebelum balik ke sandakan. Setelah menempuhi perjalanan yang jauh akhirnya kami sampai di scout nature park dalam jam 10 lebih. Kami semua bermalam di scout nature park sebelum balik ke rumah masing-masing pada keesokkan harinya.
sesungguhnya pengembaraan ini banyak mengajar kami erti persahabatan dan juga semangat yang tidak mudah mengalah yang ada di dalam diri setiap kelana A sibuga.





































Pemimpin - Skip Marwan
                - Skip Ida

Ketua Krew Kelana A Sibuga - Skip Azizi

Ahli Kelana A Sibuga

Lelaki
- Mohd Ghazali
-Mohd Adeep
- Mohd Syafiq
- Mohd Noorwanshah
- Mohd Hisyam
- Mohd Aizat
- Zulkefli

Perempuan
- Siti Noorjanna
- Jusma Wati
- Haimalin
- Nooraziana
- Yukie
- Nia


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan