Ahad, 5 Januari 2014

Perkhemahan Lencana Usaha Siri 1/2013 Daerah Sibuga....






Pada 16 - 18 November 2013 telah berlangsungnya satu perkhemahan di mana melibatkan pengakap muda daerah sibuga. Perkhemahan ini telah berlangsung di Scout Nature Park Sandakan. Tujuan perkhemahan ini di lakukan adalah untuk memenuhi skim latihan pengakap muda untuk melengkapkan lencana usaha, maju dan jaya. Pengakap muda haruslah menguasai 5 lencana tertinggi untuk rambu pengakap iaitu lencana usaha + maju + jaya + 5 lencana tertinggi + rambu dengan lengkapnya semua lencana barulah boleh memasuki pertabalan King Scout.


       Perkhemahan ini telah bermula pada pukul 8.30 am bersamaan hari sabtu (16/11/2013) sehingga hari isnin (18/11/2013) dan berakhir pada pukul 4.30 pm. Sebelum peserta kem usaha memasuki kawasan perkhemahan, ahli jawatankuasa perkhemahan dan urusetia yang terlibat dalam perkhemahan ini telah bersiap lebih awal pada hari jumaat bersamaan 15/11/2013 untuk merangka pelan aktiviti berdasarkan skim latihan lencana usaha serta memberikan tugasan kepda yang terlibat. Selain itu juga membuat rondaan di tempat yang terlibat di kawasan Scout Nature Park bagi mengelakkan perkara yang tidak diinginkan berlaku. 

      Peserta perkhemahan kem lencana usaha tersebut adalah dari SMK Elopura (Bestari) ,SMK Merpati, SMK Tinusa dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Perkhemahan Kem Usaha ini adalah julung-julung kali diadakan bagi Daerah Sibuga. Kesemua peserta yang mengikuti perkhemahan berasa puas hati  dengan segala aktiviti yang telah di rancang dengan rapi oleh ajk dan juga urusetia. Antara salah satu aktiviti yang meninggalkan kesan terhadap peserta kem usaha ini adalah aktiviti "Sayang Si Buta" dan juga aktiviti pengembaraan.

      Semasa perkhemahan ini berlangsung pelbagai kecederaan dan juga masalah kesihatan telah berlaku terutamanya dari SMK Tinusa kerana kebanyakan daripada mereka pertama kali berkhemah dan merupakan pengalaman mereka yang sangat berguna pada masa-masa akan datang. Walaubagaimanapun, mereka semua berasa puas hati dan bersemangat untuk menyertai perkhemahan yang akan diadakan pada masa akan datang.

Barisan Ahli Jawatankuasa Dan Urusetia : 


















Ini adalah aktiviti yang dijalankan semasa Kem Lencana Usaha :










































































Penyerahan Sijil Kepada Peserta Perkhemahan Kem Usaha :














Diharap semua peserta yang mengikuti Kem lencana Usaha belajar daripada ilmu pengetahuan daripada setiap perkhemahan yang di ikuti serta pengalaman yang diperolehi tidak kira apa jua perkhemahan yang anda sertai kerana pengalaman itulah yang mendewasakan kita semua....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan