Sabtu, 22 Mac 2014

Pertabalan Kelana Penuh Sibuga A.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Pada 8hb Januari 2014 yang lalu merupakan pertabalan kelana penuh sibuga A yang telah diadakan dekat taman semula jadi pengakap. Pertabalan tersebut telah di buat pada sebelah malam iaitu pada pukul 8.00 p.m. Seterusnya, Dc, ADC Daerah Sandakan , Karamunting Serta Pengakap Kelana B Sandakan dan juga Pengakap Kelana A karamunting turut hadir bagi memeriahkan acara pertabalan tersebut.





Istiadat Pertabalan Kelana Penuh telah di mulakan oleh saudara mohamad adib wajdi bin malik. Setelah itu, Ketua Krew Sibuga A memohon kebenaran dan menaja 3 0rang bakal kelana iaitu saudara zulkifli jamba, mohamad adib wajdi, dan saudari siti nurjanna. setelah mengikut tertib pertabalan, acara diteruskan dengan kelana penuh siti nurjanna menaja bakal kelana bunaia hajad, haimalin mohd sam, jusmawati latambong, nooraziana jambul dan noradelyn dhien. diikuti oleh kelana penuh mohamad adib wajdi menaja bakal kelana mohamad aizat, mohd syafiq dan noorwanshah. Setelah itu, istiadat pertabalan kelana penuh di tangguhkan oleh kelana penuh mohamad adib wajdi dan ucapan dari adc dan juga dc.











pertabalan kelana penuh telah tamat pada jam 10.00 p.m setelah acara sesi fotografi selesai. Diharap semua kelana penuh serta bakal kelana A sibuga dapat meneruskan agenda dan matlamat yang telah di tetapkan dan sanggup berkhidmat dan lebih gigih dalam membantu masyarakat yang memerlukan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan