Sabtu, 22 Mac 2014

SAMBUTAN TAHUN BARU 2014

Bertemu kembali kita dalam ruangan yang seterusnya....


Disini saya ingin menceritakan sambutan tahun baru yg telah di buat oleh kelana penuh A sibuga pada malam 31 disember 2013 hingga 1 januari 2014 bertempat di scout nature park. Aktiviti ini telah di rancang oleh pemimpin kami iaitu skip marwan serta di sokong oleh ahli kelana yang lain. Kami semua berkumpul di scout nature park pada jam 8.00 malam. Beberapa ahli kelana yang lain akan membeli bahan-bahan untuk kami membuat aktiviti memanggang serta perbincangan mengenai krew sibuga. Setelah semuanya sampai kami semua telah memulakan aktiviti memanggang di bahagian luar bersebelahan dewan terbuka scout nature park. Aizat dan juga syam telah diarahkan untuk mencari kotak-kotak yang tidak di gunakan serta barang yang perlu untuk memangang.

























Skip marwan telah menyediakan minuman semasa aktiviti tersebut dibuat.
Kira-kira jam 11 lebih kami menikmati juadah yang telah siap dipanggang sambil menunggu waktu bermulanya tahun yang baru di alam 2014.
















Setelah menikmati juadah sambil menyaksikan letupan bunga api kami berborak-borak sambil makan. Lebih kurang jam 3 pagi skip marwan berserta isteri bergerak pulang ke rumah mereka manakala jannah,malin,nana dan juga bonai telah di hantar balik oleh aizat gan juga skip azizi secara bergilir-gilir. Tagap,syam dan juga zul telah tidur di dalam rumah bp. Sementara, ghazali, aizat skip azizi dan adeep masih lagi bercerita.



Apabila jam menunjukkan pukul 5 pagi kami semua bergerak keluar dari kawasan scout nature park setelah membersihkan kawasan sekitar rumah bp. Kami semua bergerak ke sebuah restoran di batu 4 untuk sarapan pagi seterusnya balik ke rumah masing-masing.

Sekian dari saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan