Ahad, 5 Januari 2014

4th Jamboree National Brunei Darussalam






Pada 3- 8/12/2013 berlangsungnya satu Jamboree yang telah diadakan di Negara Brunei Darussalam. Negara Brunei Darussalam ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei di kelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia. Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. ini adalah disebabkan pada zaman dahulu. Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo. Keluasan Negara Brunei adalah 5,765 km persegi (172) 2,226 sq mi manakala 8.6 peratus di perairan.




Jamboree ini telah diwakili oleh kontingen dari Malaysia iaitu semenanjung dan sabah, Indonesia, Hong kong, Taiwan, Singapura, Korea, Afrika, Labuan, Kadet Remaja Sekolah (Labuan) dan Brunei. Seramai 65 orang telah mewakili Sabah dan salah satunya adalah dari daerah sibuga dimana terdiri daripada 3 kelana A dan 2 pengakap muda. Jamboree kali ini telah diadakan di Pusat Latihan Pengakap Brunei Darussalam. Peserta dari sandakan telah menggunakan bas dan juga feri sebagai pengangkutan. Pengangkutan yang digunakan oleh pengakap sibuga adalah dengan menaiki bas di mana mengambil masa lebih kurang 6 jam dari sandakan ke kota kinabalu manakala dari kota kinabalu ke negara brunei menggunakan 2 jenis pengangkutan iaitu bas dan juga feri. Tema Utama Jamboree Brunei pada kali ini adalah "Pengakap Kitani Masa Depan Kitani".









1/12/2013- Bermula lah perjalanan pengakap dari daerah sibuga menuju ke kota kinabalu seramai 4 orang salah satu daripada mereka telah berada di kota kinabalu lebih awal. Bas yang mereka gunakan bergerak dari sandakan pada jam 8.00 am dan sampai di kota kinabalu pada jam 2.00 p.m. Mereka semua telah menginap di King Park Hotel di mana peginapan mereka telah di tanggung oleh daerah. Pada malamnya, telah diadakan taklimat kepada semua peserta dari sabah ,penyerahan bendera kepada ketua kontingen sabah (Skip Raymond) dan juga kutipan yuran penyertaan.


2/12/2013- Pergerakan Kontingen Sabah ke Brunei dibatalkan disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan dan perjalanan telah ditukar ke  3/12/2013. Pada hari tersebut, pengakap sibuga telah meluangkan masa menikmati keindahan daerah kota kinabalu dan pada sebelah petang DC Sibuga iaitu Skip Dawan telah membawa peserta jamboree ke scout shop untuk membeli kelengkapan pengakap serta ke tanjung aru kota kinabalu untuk menikmati makan malam.





3/12/2013- Kesemua kontingen sabah telah bersiap untuk bergerak ke terminal, bagi pengakap muda mereka telah diarahkan untuk menaiki bas bersama kontingen sabah manakala bagi pengakap kelana pula menaiki feri. Bas telah bergerak pada jam 7.00 am manakala feri pula pada jam 8.00 am. Pengakap Kelana A sibuga telah di hantar oleh Skip Dawan ke Jeti feri dan seterusnya Skip Dawan meneruskan perjalanan balik ke Sandakan. Feri yang menuju ke Labuan telah sampai pada jam 11.00 a.m dan meneruskan perjalanan setelah makan tengahari pada jam 1.30 p.m untu menaiki feri yang seterusnya ke Brunei. Mereka telah sampai pada jam 2.45 p.m. Setelah membuat pemeriksaan imigresen dan dijemput oleh ajk jamboree pada jam 4.50 p.m, mereka telah sapai ke kawasan tapak perkhemahan pada jam 5.50 p.m tapi malangnya pendaftaran untuk peserta jamboree pada ketika itu telah di tutup. Oleh itu mereka semua telah diarahkan untuk berehat di dewan HQ kerana khemah mereka belum disediakan.




4/12/2013- Pada sebelah pagi mereka semua tidak melakukan sebarang aktiviti jamboree kerana belum mendaftar kerana tempat pendaftaraan telah ditutup semalam. Dan pada masa yang sama juga dibahagikan kumpulan kepada peserta dan pengakap kelana ditugaskan untuk menjaga patrol. Selepas itu, mereka telah diberikan barangan jamboree. Jam 2.00 p.m, semua peserta telah memulakan aktiviti yang kedua iaitu membuat lawatan ke Bandar Brunei Darussalam. Kontingen sabah adalah kumpulan kuning dimana ada terdapat 2 kumpulan warna iaitu merah dan kuning. Salah satu daripada kelana sibuga tidak mengikuti aktiviti tersebut kerana telah ditugaskan untuk membuat pintu gerbang. Sebelah malam pula ialah aktiviti makan malam bagi ketua-ketua kontingen sedunia yang menghantar wakil pada jamboree ini.


5/12/2013- Aktiviti telah bermula pada jam 8.00 am dan sebelum itu mereka telah jalankan istiadat pagi pada jam 6.15 am. Pada hari tersebut semua aktiviti dilakukan di sekitar tapak jamboree. Aktiviti bermula jam 8.00am hingga 4.00pm. 4.00pm hingga 5.00pm pula 2th indaba untuk pemimpin telah diadakan. Sebelah malam pula adalah aktiviti ceramah.


6/12/2013- Seperti biasa istiadat pagi dijalankan. Jam 8.00 am aktivti yang dijalankan adalah aktiviti luar dimana aktivti tersebut ialah akitiviti air dan udara. Aktiviti ini telah dijalankan sepanjang hari dan sekembali ke kawasan perkhemahan pada jam 6.00 p.m. Jam 4.00 p.m hingga 5.00 p.m adalah 3th gilwell reunion kepada pemegang bite. Pada sebelah malam pula adalah malam kebudayaan bagi Negeri brunei sahaja dan peserta jamboree hanyalah penonton.


7/12/2013- Istiadat pagi seperti biasa. Jam 8.00 p.m. Semua kontingen yang mengikuti perkhemahan ini berkumpul di depan dewan diraja dengan berkeadaan uniform penuh untuk aktiviti penyampaian pinggat ingatan kepada pemimpin-pemimpin dan seterusnya Sultan Brunei melawat khemah-khemah di tapak jamboree. Pada jam 2.00petang pula peserta mengikuti aktiviti ceramah yang berada di dewan HQ. Jam 4 p.m. Semua pengakap kelana berkumpul di food camp untuk aktiviti rover scout gathering. Pada sebelah malam pula adalah aktiviti malam kebudayaan antarabangsa. Johan pada malam kebudayaan ini jatuh kepada kontingen dari sabah.


8/12/2013- Hari terakhir jamboree, istiadat pagi seperti biasa dijalankan pada pagi ini. Pada hari ini mereka semua telah dibawa berjalan-jalan di sekitar Bandar Brunei. Jam 10 a.m. mereka semua kembali ke tapak perkhemahan dan jam 1.30 p.m mereka berkumpul di Dewan Diraja dengan uniform penuh untuk majlis perasmian penutupan. Tepat jam 3.00 p.m semua aktiviti selesai. Gotong royong telah dijalankan dan meraka semua telah menginap di HQ sebelum balik ke sabah pada keesokan harinya.

9/12/2013- Pergerakan menuju ke jeti feri dan bas bermula dan mereka semua balik ke tempat masing-masing.





























































   Alhamdulillah sepanjang jamboree, cuaca sangat baik dan tiada hujan yangmembasahi Negara Brunei Darussalam. Banyak pengalaman dan ilmu yang mereka pelajari apabila berkhemah di tempat orang.


Wakil dari daerah sibuga  :

Pengakap Kelana :

1) Mohd Ghazali Jainullah
2) Mohd Noorwanshah Ali
3) Mohd Syafiq

Pengakap Muda

1) Izzah Syawani
2) Hawa Shafinas

Perkhemahan Lencana Usaha Siri 1/2013 Daerah Sibuga....






Pada 16 - 18 November 2013 telah berlangsungnya satu perkhemahan di mana melibatkan pengakap muda daerah sibuga. Perkhemahan ini telah berlangsung di Scout Nature Park Sandakan. Tujuan perkhemahan ini di lakukan adalah untuk memenuhi skim latihan pengakap muda untuk melengkapkan lencana usaha, maju dan jaya. Pengakap muda haruslah menguasai 5 lencana tertinggi untuk rambu pengakap iaitu lencana usaha + maju + jaya + 5 lencana tertinggi + rambu dengan lengkapnya semua lencana barulah boleh memasuki pertabalan King Scout.


       Perkhemahan ini telah bermula pada pukul 8.30 am bersamaan hari sabtu (16/11/2013) sehingga hari isnin (18/11/2013) dan berakhir pada pukul 4.30 pm. Sebelum peserta kem usaha memasuki kawasan perkhemahan, ahli jawatankuasa perkhemahan dan urusetia yang terlibat dalam perkhemahan ini telah bersiap lebih awal pada hari jumaat bersamaan 15/11/2013 untuk merangka pelan aktiviti berdasarkan skim latihan lencana usaha serta memberikan tugasan kepda yang terlibat. Selain itu juga membuat rondaan di tempat yang terlibat di kawasan Scout Nature Park bagi mengelakkan perkara yang tidak diinginkan berlaku. 

      Peserta perkhemahan kem lencana usaha tersebut adalah dari SMK Elopura (Bestari) ,SMK Merpati, SMK Tinusa dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Perkhemahan Kem Usaha ini adalah julung-julung kali diadakan bagi Daerah Sibuga. Kesemua peserta yang mengikuti perkhemahan berasa puas hati  dengan segala aktiviti yang telah di rancang dengan rapi oleh ajk dan juga urusetia. Antara salah satu aktiviti yang meninggalkan kesan terhadap peserta kem usaha ini adalah aktiviti "Sayang Si Buta" dan juga aktiviti pengembaraan.

      Semasa perkhemahan ini berlangsung pelbagai kecederaan dan juga masalah kesihatan telah berlaku terutamanya dari SMK Tinusa kerana kebanyakan daripada mereka pertama kali berkhemah dan merupakan pengalaman mereka yang sangat berguna pada masa-masa akan datang. Walaubagaimanapun, mereka semua berasa puas hati dan bersemangat untuk menyertai perkhemahan yang akan diadakan pada masa akan datang.

Barisan Ahli Jawatankuasa Dan Urusetia : 


















Ini adalah aktiviti yang dijalankan semasa Kem Lencana Usaha :










































































Penyerahan Sijil Kepada Peserta Perkhemahan Kem Usaha :














Diharap semua peserta yang mengikuti Kem lencana Usaha belajar daripada ilmu pengetahuan daripada setiap perkhemahan yang di ikuti serta pengalaman yang diperolehi tidak kira apa jua perkhemahan yang anda sertai kerana pengalaman itulah yang mendewasakan kita semua....

Sabtu, 4 Januari 2014

Ujian Vigil Yang Kedua Sebelum Bergelar Pengakap Kelana....

Pada 25-26 Oktober 2013 bertempat di scout nature park sandakan telah diadakan ujian vigil yang kedua bagi daerah sibuga untuk melengkapkan satu crew yang telah ditetapkan. Aktiviti ini telah berlangsung dari 6 p.m. hingga 6.00 a.m.


      Ujian ini telah dijalankan kepada 5 orang bakal kelana iaitu Mohd Aizat, Salleh, Mohd Noorwanshah, Mohd Syafiq dan juga Dang Sara. Penguji vigil kepada 5 orang bakal kelana ialah Skip Marwan, Skip Azizi serta dibantu oleh 5 orang Senior Rovers A. Ujian ini dijalankan di seluruh kawasan Scout Nature Park (SNP), walaupun ketika itu hujan tetapi vigil tetap dijalankan. Taklimat  dan mengenali personaliti serta pertabalan bakal kelana telah dilaksanakan oleh Skip Dawan. Tempoh ujian ialah 12jam dimana dalam tempoh ini diuji dari segi mental dan fizikal. 










World Jamboree On The Air

Pada 18-20 Oktober 2013 yang lalu pengakap dari daerah sibuga telah menyertai satu aktiviti yg di kenali sebagai world jamboree on the air. Jamboree on the air ini telah diadakan di seluruh dunia. Jamboree ini di lakukan secara sistem 24 jam di mana setiap ahli pengakap dari seluruh dunia akan berinteraksi mengunakan laman sosial. Dengan ini setiap ahli pengakap yang mengikuti aktiviti ini akan berinteraksi dengan pengakap di seluruh dunia, bercerita tentang aktiviti, pengalaman dalam perkhemahan , dan kemahiran berpengakap.

        Jamboree ini telah dijalankan serentak di seluruh Negara dimana Daerah Sibuga telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini pada hari kedua iaitu 19 Oktober 2013(sabtu) yang bertempat di Pejabat DC Sibuga, Bandar Labuk, iaitu pejabat Skip Dawan yang merupakan DC Sibuga dijadikan sebagai stesen daerah sibuga untuk berkomunikasi dengan pengakap di dunia. Antara sekolah yang turut serta dalam melakukan aktiviti ini ialah SMK Tinusa dan SMK Elopura (Bestari) yang merupakan sekolah di bawah Daerah Sibuga.


         Selain itu juga, turut serta 2 Orang Kelana A Sibuga disertai dengan ADC Sibuga dan Pemimpin Sibuga juga menyetai dalam stesen ini. Aktivti ini bermula pada jam 10 pagi hingga 2 petang. Channel yang disalurkan ialah english01 dan indonesian01. Website yang digunakan ialah www.scoutlink.ne

Ini adalah contoh sijil-sijil yamg telah di berikan kepada ahli pengakap yang telah mengikuti World Jamboree On The Air.










Ini adalah lencana aktiviti :